22 November 2009

Anti Porn Virus

Salam 1 Malaysia. WTF?!!!

Dua tiga hari lepas, aku dapati komputer aku telah dijangkiti virus. Kepada pembuat virus tersebut, Tahniah dari usaha titik peluh anda kerana mencipta virus yang bagus ini tetapi bangang sikit. Kenapa bangang? Sebab virus ni bukan hanya menghapuskan fail-fail lucah namun semua fail avi, 3gp, wmv yang tidak berdosa. Ini adalah sedikit info yang aku temui berkenaan virus yang boleh di anggap bangang ini.

file version - 0.0.0.0
description - media player classic (change button does not appear)
copyright - copyright@2008 anti-pornoghrafi. all rights
comments - workstation on demand, pornografi scanner
internal name - wmplayer
legal trademarks - antiporn is a registered trademarks of antiporn gmbh indonesian
original file name - wmplayer.exe
product name - media player classic

Kepada pengguna Windoz diluar sana hati-hati dengan virus bangang ni. Aku pun tatau macam mana boleh kena. Adakah semasa aku melayari web dengan senang hati bersama platform Linux selama ini menyebabkan virus itu masuk tanpa aku sedari? Dan adakah virus tersebut telah lama berada di dalam cekera dan menunggu masa aku switch ke Windoz lalu laksana kerjanya? blurr lagi...

Oleh kerana aku menggunakan platform Linux sepatutnya aku sikit tidak menghiraukan dengan serangan-serangan virus seperti ini. Itu lah dinamakan takdir, pada pagi tersebut aku ter-switch ke faking-Windoz dan akhirnya virus dapatlah melaksanakan tugasnya dengan jaya.

Aku terkejut setelah mendapat tahu semua movie bertukar ke extension exe kesemuanya. Langkah pertama, aku cuba buka antivirus Kaspershit tiada apa-apa alert di sana. Kemudian aku cuba rename fail exe tersebut kepada format video asalnya, namun masih tidak berjaya memainkan fail tersebut. Baru aku sedar, fail yg aku ketik ni rupanya bukan fail asal, dan saiznya telah bertukar 67kb kesemuanya.

Kerja pertama bagi aku hari ini ialah : tidak mengusik apa-apa kandungan seperti delete fail, save fail, dan sebagainya malah cabut external hardisk yang dipenuhi movie tersebut dan switch ke Linux balik. Dari sana aku cuba melihat apa yang sebenarnya yang berlaku di dalam hardisk kesayangan nih.. Macam ni lah keadaannya seperti pix di bawah. Oh.. fail FLV masih terselamat. Fuh lega.







Terpaksa lah download antivirus untuk platform linux buat pertama kalinya. Antivirus pilihan ialah Clam dan Avast. Kemudian tak puas hati lagi, aku buka pula Virtualbox, install Windoz kecik (performance edition) install antivirus, lakukan kaedah imbasan buat kali ketiganya. Sekarang rasanya puas hati, tiada virus di jumpai.

Setelah proses mengimbas virus dilakukan baru lah aku nak mencari movie yang hilang. Sebenarnya virus ini telah delete fail movie tersebut, dan menggantikan dirinya menjadi fail movie tersebut. Pandai... cara untuk mendapatkan balik fail kesayangan tu, ialah dengan recover balik guna perisian recovery yang ada.

No comments:

Post a Comment