11 November 2009

Pemerhatian Yang Sekadar

Hanya untuk mengemas kini, isu semasa.

1. Buat masa sekarang ini aku sedang menggunakan Ubuntu 9.10 a.k.a Karmic Koala. Prestasi agak mantap. Perubahan yang dilakukan pada warna tema, ikon pada notification area yang lebih ceria.

2. Grub2 yang ada perbezaan sedikit dari yang sebelum ni. Perubahan dari segi membaik pulih grub. Mudah, tak lah susah sangat. Problem ni akan berlaku apabila kita install Linux & kemudiannya install Windows. Kepada newbie sila buat persiapan awal sebelum masalah ini timbul. Korang boleh rujuk di sini.

3. Ubuntu Live. Untuk versi 9.10 kali ni, ia membolehkan komputer membuat perhubungan dengan Internet secara default tanpa masalah. Boleh mencari & berhubung dengan Hidden Wireless dengan baik. Bagi versi sebelum ni bagi laptop HP DV3000, xboleh connect Internet semasa menggunakan Live CD.

4. Sound/Audio. Aku test menggunakan Ubuntu 9.10 (Desktop Edition) pada Asus EEEPC, dan Acer One, sound OK. Tapi pada laptop HP DV3000, mempunyai masalah sound tak keluar (masalah yang sama pada Jaunty Jackalope). Perlu sedikit pengubahsuaian. Selepas pengubahsuaian dilakukan, sound dah pun OK, pada front panel pun OK gak huhu...

5. Aku juga ada mencuba perisian Virtual Machine. Antara yang popular ialah VMWare Workstation dan VirtualBox 3.0.10 oleh Sun. Perbezaan - VMWare adalah berbayar dan VirtualBox adalah percuma. Aku telah mencuba kedua-dua mesin maya ini kepada 2 buah OS iaitu pada platform Windows (Vista) dan Ubuntu 9.10.

6.VMWare Workstation 7.0 pada platform Windows Vista (host) manakala Windows XP Performance Edition (guest), berjalan agak lancar dan boleh dikatakan belum mengalami masalah setakat ini. Share Folder - tiada masalah.

7. VMWare Workstation 7.0 pada platform Ubuntu Linux (host) manakala Windows XP Performance Edition (guest), mempunyai sedikit masalah kekejungan selepas dijalankan setelah hampir 15 minit. Tindakan yang perlu di ambill ialah Force Quit. Share Folder - tiada masalah.

8. VirtualBox 3.0.10 pada platform Windows Vista (host) manakala Windows XP Performance Edition (guest), berjalan agak lancar dan boleh dikatakan belum mengalami masalah setakat ini. Share Folder - tiada masalah.

9. VirtualBox 3.0.10 pada platform Ubuntu 9.10 (host) manakala Windows XP Performance Edition (guest), berjalan agak lancar dan boleh dikatakan belum mengalami masalah setakat ini. Share Folder - tiada masalah.

Sekian, semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment