27 January 2010

Bertukar Kepada Swiftfox.

Assalamualaikum.

Photobucket


Sedikit update pada pagi ini. Penggunaan Firefox semakin lama digunakan semakin berat. Lebih-lebih lagi apabila membuka banyak tabs dan pelbagai perisian yang lain serentak. Untuk mengatasi masalah ini kita boleh mencuba Swiftfox. Sebagai pengguna Swiftfox, aku mencadangkannya kerana perbezaan amat ketara dapat dirasai. Swiftfox dicipta mengikut jenis processor komputer kita. Jadi apa salahnya kalau kita mencuba.

Caranya.

1. Klik ke System > Administration > Software Sources (masukkan password sekiranya perlu).

2. Pergi ke tab Other Software, klik Add dan masukkan arahan 'deb http://getswiftfox.com/builds/debian unstable non-free' ke dalam repo.

3. Buka Terminal dan taip : sudo apt-get update && sudo apt-get install swiftfox-prescott

4. Selesai.

** Bagi mereka menggunakan selain daripada Intel CPU, rujuk senarai di bawah ini sebelum install :

swiftfox-i686 (Older AMD & Intel)

swiftfox-athlon64 (AMD64 users on a 64bit OS)

swiftfox-athlon64-32bit (AMD64 users on a 32bit OS)

swiftfox-prescott (Intel Prescott and newer)
** Sekiranya you all guna apt-fast seperti mana tutorial yg aku up sebelum ni, boleh taip seperti di bawah :

sudo apt-fast update && sudo apt-fast install swiftfox-(jenis_cpu)
Pengalaman aku bersama Swiftfox.Apabila browser terasa sedikit ringan, aplikasi yang lain pun dirasakan seperti itu :) Good Luck!.

26 January 2010

WinFF

Assalamualaikum.



Pada malam ini aku cuba untuk berkongsi satu perisian converter percuma yang di kenali sebagai WinFF. Perisian kecil tapi 'powerfull' ini yang bersertakan GUI amat mudah untuk digunakan samada pada platform Linux dan juga Windowz. Tutorial ini akan digunakan pada versi Karmic sahaja.

1. Buka Terminal dan mulakan dengan memasukkan arahan di bawah ini.

wget --quiet --output-document=- "http://winff.org/ubuntu/AAFE086A.gpg" | sudo apt-key add - echo "deb http://winff.org/ubuntu karmic universe"
2. Selesai arahan di atas masukkan arahan seterusnya.
sudo tee /etc/apt/sources.list.d/winff.list | sudo apt-get update
3. Seterusnya install perisian WinFF.
sudo apt-get install winff
4. Update.
sudo apt-get install libavcodec-unstripped-52
5. Sedikit pengubahsian. Buka WinFF, kemudian ke Edit > Preferences dan terus melangkah ke Tab Linux. Masukkan arahan '/usr/bin/gnome-terminal' pada Terminal to run FFmpeg dan '-x' pada Terminal options. Selesai klik OK.



Semoga berjaya!

22 January 2010

Memasang Nero Linux 4

Salam semua.Pagi ini aku membuat sedikit pengemaskinian lagi. Terdapat sedikit kekecewaan menggunakan Brasero. Sudah 2 keping CD rosak akibat kegagalan semasa membakar menggunakan Brasero. Bra.. BraNGANGGG! Sungguh!

Sejak semalam aku explore akhirnya terjumpa Nero Linux 4.0. Aku rasa ini sahaja versi terbaru buat setakat ini oleh kerana yang lainnya adalah versi di antara 3.0 dan 3.5. Apa yang lebih penting pakej installer perisian ni didatangi dalam bentuk .deb untuk memudahkan pengguna memasang tanpa berlakunya kesilapan.

Installer ni sudah mengintegrasi serial number. Keygen mengikut versi iaitu 3.0 dan 3.5 disediakan kepada kes-kes tertentu. Cara untuk menggunakan keygen sila baca fail readme yang disediakan. Sekian.

Download
http://rapidshare.com/files/352122300/nerolinux_4.0.7z

Password
landmark1123heavy



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

17 January 2010

Kemaskini Open Office Versi 3.2.0

Yesss!.. update terakhir untuk malam ini. Open Office 3.2.0 sudah terbit bagi version stable. Pada waktu terdekat ni korang boleh download installer secara manual di

ftp://mirror.switch.ch/mirror/OpenOffice/stable/3.2.0/
Pilih versi mengikut senibina komputer dan operating system. Aku guna prosesor Intel bersama-sama Ubuntu 32bit, oleh itu aku akan memilih fail "OOo_3.2.0_LinuxIntel_install_en-US_deb.tar.gz". Oleh kerana fail archive ini mengandungi installer yang berbentuk deb. maka proses pemasangan perisian ini menjadi lebih senang dan tak payah guna command.

Download Links
http://download.services.openoffice.org/files/stable/3.2.0/OOo_3.2.0_LinuxIntel_install_en US_deb.tar.gz

Kat bawah ni pulak ialah tutorial untuk melajukan Open Office korang tu.

1. Buka Open Office Word Processor
2. Pergi Tools > Options
3. Pergi ke Memory (pada list belah kiri)


Undo > Number of steps = 20
Graphic Cache > Use for Open Office = 128 MB
Graphic Cache > Memory per object = 20 MB
Cache for inserted objects = 20
Open Office.org Quickstarter = Enable

4. Pergi bahagian Java (pada list belah kiri)

Use a Java runtime environment = UnCheck

5. Siap!.. Tutup & buka semula Open Office anda dan rasai kelainannya.
Selamat mencuba...

06 January 2010

Sorok Folder Dalam Ubuntu

Hampir terlupa untuk balas pertanyaan ni. BT, kalau u buka home folder, contohnya di BT's_computer. Sebenarnya kat dalam tu mungkin ada puluhan atau ratusan folder yg kita tidak nampak (hidden folders).

Default folder yg ada dalam folder home ni adalah spt Desktop, Documents, Music, Pictures, Public, etc. Selain dari folder yang telah disebut, folder yang lainnya sudah di hide. Kalau nak view hidden folder ni senang je. Klik pada Menubar Nautilus iaitu View > Show Hidden Files. Lagi cepat guna shortcut-key = Ctrl+H. Ok itu kalau nak view hidden folder.

Kalau nak buat/create hidden folder cuma create folder baru atau rename folder sedia ada dan taruk tanda "." (dot/noktah) di awal nama fail. Contoh : .bt_privatefolder atau .3gp atau .gambarsaya dan seterusnya..

Lepas tu cuba... refresh folder tu tekan F5. Kemudian folder tu akan hilang. Nak view balik tekan Ctrl+H. Hide balik tekan Crtl+H kali kedua. Good Luck..

05 January 2010

Gantikan 'apt-get' Kepada 'apt-fast'

Hari jumaat suatu hari bagi bermulanya hidup. Hari ni aku ingin berkongsi sebuah lagi tutorial berkenaan prosedur untuk mengemaskini Ubuntu Linux anda. Yes... dis is my last upate.

Arahannya sangat mudah seperti ini :
sudo apt-get update
sudo apt-get dist-upgrade

Namun ia boleh dikatakan satu prosedur update yang lama. Ianya masih tidak basi, kerana ianya arahan default bagi sistem ini. Semuanya telah berubah, apa kata kita mencuba sesuatu yang baru. Untuk melajukan proses update seperti lajunya keretapi laju. Cuba lakukan sudo apt-fast update

Tapi.. sebelum itu..

1. Buka terminal dan taip : sudo apt-get install axel

2. Layari http://www.mattparnell.com/linux/apt-fast/ dan terus memindah turun fail "apt-fast.sh"

3. Selesai download, rename "apt-fast.sh" kepada "apt-fast" kemudian copy & paste ke dalam "/usr/sbin"

Contoh untuk copy menggunakan Terminal. Letakkan fail apt-fast yang anda download tadi di dalam 'Desktop'. Buka Terminal dan taip : sudo cp /Desktop/apt-fast /usr/sbin

4. Lepas tu taip ni pulak di Terminal : sudo chmod +x apt-fast

5. Selesai..

Sungguh mudah. Sekarang korang dah boleh guna arahan ni. Untuk update Ubuntu taip...
sudo apt-fast update && sudo apt-fast upgrade
atau
sudo apt-fast update && sudo-fast dist-upgrade

Selepas tu kalau korang nak install sesuatu sepantas kilat.. taip
sudo apt-fast install nama_pakej

Lepas berak basuh....
sudo apt-fast clean

Good luck!.

01 January 2010

Kemaskini Picasa Versi 3.X

Korang boleh rujuk kepada web asal ini di mana kaedah ini di petik. Malangnya terdapat sedikit kesilapan teknikal. Inilah padahnya membuat tutorial tetapi tidak mengujinya dulu. Dengan kesilapan berikut aku betulkan di sini.

1. Kalau korang sedang menggunakan Picasa, cuba pegi ke Help > About Picasa, dan lihat version apa yang korang tengah pakai. Aku punya version 2.7. Klik gambarajah di bawah untuk diperbesarkan.

Photobucket



2. Sekiranya korang tidak mempunyai  atau belum pernah memasang Picasa 2.7 sebelum ini, sila skip step ini, dan melangkah ke nombor 3. Untuk mengemaskini Picasa 2.7, pertama sekali korang perlukan sekurang-kurangnya Picasa 3.0 (beta). Download pakej DEB untuk memudahkan pemasangan di:
http://picasa.google.com/linux/download.html#picasa30
3. Dwi klik pada fail DEB yang telah di download tadi dan install Picasa 3 tanpa perlu membuang Picasa yang lama iaitu version 2.7 (jika ada).

4. Selepas selesai install, buka Picasa dan pergi ke Help > About Picasa, dan pastikan ianya versi Picasa 3 beta. Sekiranya betul, anda berjaya memasang Picasa 3 Beta.

Photobucket



5. Langkah seterusnya adalah untuk upgrade ke Picasa 3.5. Sekiranya anda tidak pernah memasang Wine sebelum ini anda perlu memasangnya terlebih dahulu. Wine adalah perisian wajib yang perlu ada sebelum kita ingin memasang atau melarikan (run) sesuatu aplikasi dari platform Windoz.
sudo apt-get install wine
6. Setelah selesai install Wine, download Picasa 3.5 (versi Windoz) yang beralamat seperti di bawah.
http://picasa.google.com/index.html
7. Klik kanan pada installer Picasa (.exe) yang telah korang download tadi. Pilih 'Open with Wine Windows Program Loader' untuk install Picasa dengan mengikut arahan yang diberi seperti biasa.

8. Selesai install Picasa, copy files dari lokasi "/home/[nama_akaun_anda]/.wine/drive_c/Program\ Files/Google/Picasa3/" kepada lokasi "/opt/google/picasa/3.0/wine/drive_c/Program Files/Google/"

Contoh bagaimana cara untuk copy folder menggunakan Terminal:
sudo cp -r .wine/drive_c/Program\ Files/Google/Picasa3/ /opt/google/picasa/3.0/wine/drive_c/Program\ Files/Google/
**** arahan ini digunakan pada terminal yang berada di lokasi home folder

9. Selesai. Korang boleh run Picasa 3.5 pada menu Application > Graphic > Picasa > Picasa.

Photobucket



3.6 update!!

Photobucket



Selamat mencuba! :)