22 November 2009

Anti Porn Virus

Salam 1 Malaysia. WTF?!!!

Dua tiga hari lepas, aku dapati komputer aku telah dijangkiti virus. Kepada pembuat virus tersebut, Tahniah dari usaha titik peluh anda kerana mencipta virus yang bagus ini tetapi bangang sikit. Kenapa bangang? Sebab virus ni bukan hanya menghapuskan fail-fail lucah namun semua fail avi, 3gp, wmv yang tidak berdosa. Ini adalah sedikit info yang aku temui berkenaan virus yang boleh di anggap bangang ini.

file version - 0.0.0.0
description - media player classic (change button does not appear)
copyright - copyright@2008 anti-pornoghrafi. all rights
comments - workstation on demand, pornografi scanner
internal name - wmplayer
legal trademarks - antiporn is a registered trademarks of antiporn gmbh indonesian
original file name - wmplayer.exe
product name - media player classic

Kepada pengguna Windoz diluar sana hati-hati dengan virus bangang ni. Aku pun tatau macam mana boleh kena. Adakah semasa aku melayari web dengan senang hati bersama platform Linux selama ini menyebabkan virus itu masuk tanpa aku sedari? Dan adakah virus tersebut telah lama berada di dalam cekera dan menunggu masa aku switch ke Windoz lalu laksana kerjanya? blurr lagi...

Oleh kerana aku menggunakan platform Linux sepatutnya aku sikit tidak menghiraukan dengan serangan-serangan virus seperti ini. Itu lah dinamakan takdir, pada pagi tersebut aku ter-switch ke faking-Windoz dan akhirnya virus dapatlah melaksanakan tugasnya dengan jaya.

Aku terkejut setelah mendapat tahu semua movie bertukar ke extension exe kesemuanya. Langkah pertama, aku cuba buka antivirus Kaspershit tiada apa-apa alert di sana. Kemudian aku cuba rename fail exe tersebut kepada format video asalnya, namun masih tidak berjaya memainkan fail tersebut. Baru aku sedar, fail yg aku ketik ni rupanya bukan fail asal, dan saiznya telah bertukar 67kb kesemuanya.

Kerja pertama bagi aku hari ini ialah : tidak mengusik apa-apa kandungan seperti delete fail, save fail, dan sebagainya malah cabut external hardisk yang dipenuhi movie tersebut dan switch ke Linux balik. Dari sana aku cuba melihat apa yang sebenarnya yang berlaku di dalam hardisk kesayangan nih.. Macam ni lah keadaannya seperti pix di bawah. Oh.. fail FLV masih terselamat. Fuh lega.







Terpaksa lah download antivirus untuk platform linux buat pertama kalinya. Antivirus pilihan ialah Clam dan Avast. Kemudian tak puas hati lagi, aku buka pula Virtualbox, install Windoz kecik (performance edition) install antivirus, lakukan kaedah imbasan buat kali ketiganya. Sekarang rasanya puas hati, tiada virus di jumpai.

Setelah proses mengimbas virus dilakukan baru lah aku nak mencari movie yang hilang. Sebenarnya virus ini telah delete fail movie tersebut, dan menggantikan dirinya menjadi fail movie tersebut. Pandai... cara untuk mendapatkan balik fail kesayangan tu, ialah dengan recover balik guna perisian recovery yang ada.

18 November 2009

Turn Your Lights Down Low

Sekadar untuk mengemaskini. Selain dari menggunakan arahan smartdimmer, cara paling ringkas & pantas untuk menukar paparan anda menjadi lebih sejuk atau lebih gelap adalah dengan menukarkan paparan menjadi negatif. Pada platform Windoz, paparan jenis ini boleh digunakan dengan memilih 'high contrast' pada ruangan Windows Colors. Ia juga adalah kemudahan bagi orang kurang upaya.



Ubuntu juga tidak ketinggalan untuk menyediakan fungsi ini. Dengan hanya menekan butang Windows + N paparan tetingkap semasa akan menjadi negatif. Sekiranya anda tidak berjaya melakukan pemwarnaan ini, mungkin anda terlupa untuk 'enable negative' pada bahagian Compiz.







Reaksi bagi Windows + M pula ialah seluruh paparan Desktop akan menjadi warna negatif. Oleh itu, masalah sakit mata, pedih mata atau mata yang keletihan dapat dikurangkan. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat!

Mengawal Tahap Kecerahan Monitor

Tak pasti samada problem ni berlaku pada korang semua. Aku pengguna laptop HP DV3000 bersama Nvidia 8400M (Mobile) mempunyai masalah untuk mengawal tahap kecerahan monitor lebih-lebih lagi pada waktu malam. Aku lebih suka kalau sesebuah tapak web yang background-nya hitam, berbanding putih, di mana ia akan menyebabkan mata rasa pedih dan keletihan.

Asalnya korang buleh kawal kecerahan monitor di System > Preferences > Power Management. Pada bahagian Display, 'Set display brightness to:' sepatutnya sudah boleh mengawal tahap kecerahan, tetapi masalah pada laptop aku, ianya langsung tidak berfungsi.

Bagi mengatasi masalah ini. terpaksalah lakukan secara manual dengan menaip sedikit arahan pada terminal. Ribuan terima kasih kepada goldsniper dan deensokmo yang berada di ubuntu forum kerana membantu.

1. Buka Terminal. Applications > Accecorries > Terminal


Photobucket
2. Untuk melihat fungsi taip : smartdimmer


Photobucket
3. Untuk melihat tahap kecerahan semasa taip : smartdimmer -g


Photobucket
4. Untuk set tahap kecerahan taip : smartdimmer -s 55
(smartdimmer akan set kan tahap kecerahan kepada 55)


Photobucket
5. Untuk mengurangkan tahap kecerahan satu persatu taip : smartdimmer -d


Photobucket
6. Untuk meningkatkan tahap kecerahan satu persatu taip : smartdimmer -i

***Nota Tambahan : Aku menguji arahan di atas apabila hanya selepas memasang driver Nvidia bagi platform Linux. Sekiranya anda tidak memasang sebaliknya boleh mengawal dengan hanya pergi ke menu System > Preferences > Power Management

Wallahua'lam. Good Luck! :)

14 November 2009

Ubuntu : Karmic Kaola (9.10)

Pada pagi ini aku mengambil kesempatan untuk menangkap sedikit sebanyak paparan desktop bagi Ubuntu 9.10. Banyak juga perubahan yang telah dilakukan pada versi kali ini.

Warna coklat merupakan sebuah warna yang agak serius. Kajian mengatakan apabila sesebuah ruang ,misalnya sebuah bilik yang mempunyai dinding, perabot, langsir dan lain-lain berwarna coklat akan mewujudkan suasana yang serius. Sejauh mana kebenaran kenyataan ini korang semua rasalah sendiri.

Melalui temubual secara peribadi bersama kawan-kawan yang lain, kebanyakan mereka kurang menggemari tema berwarna coklat (seperti warna tema Ubuntu sebelum ini). Lebih-lebih kepada pengguna perempuan, lagi cerewet.

Walaubagaimanapun warna tema Human pada versi 9.10 kali ini masih lagi berwarna coklat, namun ianya melalui sedikit perubahan. Warna tetingkap kelabu lembut, titlebar berwarna coklat gelap dengan gabungan wallpaper oren menjadikan ia lebih ceria, manis bila dipandang. Hehehe...
Pandangan aku secara peribadi, tema ini memang cantik dan tidak perlu lagi menukar ke tema-tema yang lain... Sekian.

11 November 2009

Pemerhatian Yang Sekadar

Hanya untuk mengemas kini, isu semasa.

1. Buat masa sekarang ini aku sedang menggunakan Ubuntu 9.10 a.k.a Karmic Koala. Prestasi agak mantap. Perubahan yang dilakukan pada warna tema, ikon pada notification area yang lebih ceria.

2. Grub2 yang ada perbezaan sedikit dari yang sebelum ni. Perubahan dari segi membaik pulih grub. Mudah, tak lah susah sangat. Problem ni akan berlaku apabila kita install Linux & kemudiannya install Windows. Kepada newbie sila buat persiapan awal sebelum masalah ini timbul. Korang boleh rujuk di sini.

3. Ubuntu Live. Untuk versi 9.10 kali ni, ia membolehkan komputer membuat perhubungan dengan Internet secara default tanpa masalah. Boleh mencari & berhubung dengan Hidden Wireless dengan baik. Bagi versi sebelum ni bagi laptop HP DV3000, xboleh connect Internet semasa menggunakan Live CD.

4. Sound/Audio. Aku test menggunakan Ubuntu 9.10 (Desktop Edition) pada Asus EEEPC, dan Acer One, sound OK. Tapi pada laptop HP DV3000, mempunyai masalah sound tak keluar (masalah yang sama pada Jaunty Jackalope). Perlu sedikit pengubahsuaian. Selepas pengubahsuaian dilakukan, sound dah pun OK, pada front panel pun OK gak huhu...

5. Aku juga ada mencuba perisian Virtual Machine. Antara yang popular ialah VMWare Workstation dan VirtualBox 3.0.10 oleh Sun. Perbezaan - VMWare adalah berbayar dan VirtualBox adalah percuma. Aku telah mencuba kedua-dua mesin maya ini kepada 2 buah OS iaitu pada platform Windows (Vista) dan Ubuntu 9.10.

6.VMWare Workstation 7.0 pada platform Windows Vista (host) manakala Windows XP Performance Edition (guest), berjalan agak lancar dan boleh dikatakan belum mengalami masalah setakat ini. Share Folder - tiada masalah.

7. VMWare Workstation 7.0 pada platform Ubuntu Linux (host) manakala Windows XP Performance Edition (guest), mempunyai sedikit masalah kekejungan selepas dijalankan setelah hampir 15 minit. Tindakan yang perlu di ambill ialah Force Quit. Share Folder - tiada masalah.

8. VirtualBox 3.0.10 pada platform Windows Vista (host) manakala Windows XP Performance Edition (guest), berjalan agak lancar dan boleh dikatakan belum mengalami masalah setakat ini. Share Folder - tiada masalah.

9. VirtualBox 3.0.10 pada platform Ubuntu 9.10 (host) manakala Windows XP Performance Edition (guest), berjalan agak lancar dan boleh dikatakan belum mengalami masalah setakat ini. Share Folder - tiada masalah.

Sekian, semoga bermanfaat.

Penjelajahan Ke Alam Linux

Assalamualaikum sekelian makhluk.

Bermulanya hari ini, maka terciptalah sebuah pengembaraan pahit manis, susah senang aku bersama Sistem Operasi Sumber Terbuka ini. Sebagai pendatang baru yang tiada mempunyai apa-apa, yang datangnya tidak tidak diundang, berwakilkan jasad terpacak di sini hanyalah menuntut ilmu.

Yang baik itu hanyalah datang dari Allah, dan jikalau ada kekurangan, salah silap itu berpunca dari kesilapan diri sendiri. Di pagi yang dingin dan sepi ini, aku mulakan catatan di dalam blog ini dengan lafaz Bismillah...