04 February 2010

Assalamualaikum guys.

Kata orang, nak mencari rezeki, turun pagi-pagi dan berdoa. Bersama-sama dengan tawakal, InsyaAllah dapat apa yang dihajati. Kali ni memang rezeki aku menjumpai ebook yang sangat berguna untuk dikongsikan bersama-sama. Ebook yang percuma ini dicipta oleh Geng Jom Linux yang mengandungi sedikit sebanyak tutorial berkenaan Ubuntu. Di dalam panduan ini mempunyai beberapa bab antaranya ialah:
Bab 1 : Sejarah sumber terbuka dan Ubuntu.
Bab 2 : Menyediakan medium instalasi dan proses.
Bab 3 : Cara penggunaan Ubuntu.
Bab 4 : Aplikasi dan penggunaan.
Bab 5 : Sokongan dan bantuan.
Web rasmi Jom Linux
http://www.jomlinux.com/
Download ebook panduan
http://www.jomlinux.com/muaturun/
Video tutorial Jom Linux
http://www.youtube.com/user/jomlinux
Kesemua panduan ini ditulis di dalam Bahasa Melayu. Itu yang lebih penting. Dalam sejarah mengenai tamadun (tamadun apa aku lupa) mereka telah menterjemahkan ilmu kepada bahasa ibunda mereka sendiri. Dengan cara inilah mereka dapat melahirkan para cendiakawan yg bijaksana. Lepas sorang... sorang.

Kita di Malaysia ni pelik, mengagungkan bahasa orang lain dari bahasa ibunda. Bukan tak boleh untuk mempelajari bahasa asing, tapi bahasa ibunda perlu dinaikkan darjatnya terlebih dahulu. Tak gitu geng?

Ok, sebelum aku melalut dengan lebih jauh... Secara peribadi, aku respek dengan hasil kerja yg mereka (Geng Jom Linux) buat; iaitu berkongsi ilmu yang bermanfaat. Semangat seperti inilah yang perlu ada pada orang kita. Bukan asyik mengutuk atau mengkritik yang langsung tidak membina.

Biarpun you all masih ragu-ragu ataupun ilmu yang you all ingin sampaikan itu dirasakan salah atau tidak betul, Tetapi apabila kita berkongsi ilmu yang ada, sekurang-kurang kita dapat memperbetulkan apa yang tidak betul.

Semakin anda senyap, semakin lamalah ilmu yang tidak betul itu tersemat di dalam dada. Apa yang penting adalah keberanian. Apa yang nak ditakutkan? Kita bukan berdiskusi tentang Quran dan Hadith, tapi komputer!.

Ok, sebelum aku melalut dan terus melalut... Aku ingin berkongsi sifu aku selama ni. Sifu yang berbentuk sebuah ebook ini diberi nama Ubuntu Pocket Guide. Ebook Linux ini juga adalah yang pertama aku download dan dibuat sebagai rujukan.

http://www.ubuntupocketguide.com/index_main.html
Aku percaya kalau you all selalu membuat rujukan kepada buku ni, InsyaAllah banyak masalah dapat settle. Untuk download Ubuntu Pocket Guide secara percuma disini :

http://www.ubuntupocketguide.com/download_main.html
Bagi aku buku ni best, aku sudah print ebook ni dan menjadikannya sebagai 'bed time story' ketika hendak tidur. Selamat membaca!.

No comments:

Post a Comment