14 February 2010

Sekadar Update

Baru-baru ni aku ada download torrent Sabily Linux. Lepas download, & burn dgn kelajuan separa maksimum, proses membakar berjaya. Namun bila hendak install pada pc, ada masalah. Masalahnya sama seperti yang dihadapi masa memasang kepada laptop ninja tu. Bila check2 balik, rupanya2 adalah masalah pada installer tu sendiri. Aku dapat tahu pun bila check integriti fail imej melalui md5 checksum.

Walau apa-apa pun, kalau BT belum install lagi, aku rasa hold dulu. Tak lama lagi Lucid akan terbit. Ni dah nak akhir bulan 3, tunggu lah sedikit masa lagi. Lagipun Lucid sokongan jenis LTS.. boleh pakai lebih lama. Apa yang lebih menarik, banyak perubahan drastik pada Ubuntu.

Tiada lagi tema berwarna coklat. Gandingan coklat lembut dan warna ungu, satu gabungan warna yg sweet & akan lebih menarik perhatian ramai, aku rasa laa. Warna ungu ni warna feveret aku tuh... mmg masyuk kalau coklat lembut + ungu.
Photobucket

Cuma persedian awal ialah backup dokumen penting, dan buat perancangan yang baik tentang partition yang akan digunakan. Paling efisyen ialah pembentukkan sekurang-kurangnya 3 partitions iaitu root, home, dan swap. Walaupun RAM you all sudah besar, tapi dalam waktu 'kecemasan' swap area adalah perlu. Hmm ape lagi yg nak membebel.. Oh ye... soalan BT belum jawab.
Saya pun rasa ini adalah sebab paling tepat mengapa UNR tidak boleh diinstall. Saya rasa HMOD Ninja banyak sangat donlod movie dan kemudian membuangnya yang akan menyebabkan harddrive nya fragmented. Mungkin kena defrag dulu baru boleh. BTW, since cakap pasal defrag, system saya yang running full on Ubuntu kena defrag tak? If yes, bagaimana caranya?
Soalan ni merupakan soalan yang aku pernah tanya masa mula-mula pakai Linux dulu. You all perasan tak, dalam Ubuntu, tidak tersedia utility defrag dalam tu. Sebab aku rasa, file system Windoz dan Linux jauh berbeza. Sejak aku guna Ubuntu setahun dua ni, belum pernah lagi aku defrag.

Tapi.. kalau you all nak defrag juga boleh. Caranya ialah.. you all move segala data di dalam linux partition tu ke tempat atau ke hardisk lain, kemudian masukkan balik segala barang ke dalam partition Linux tadi. Haha.. Im not joking!. Kaedah ni hanya untuk filesystem ext4 atau ext3 sahaja. Windows Filesystem seperti FAT32, dan NTFS terpaksa kena defrag juga.

Lagipun file system di dalam OS linux ini dicipta untuk mengelakkan penggunanya defrag hardisk mereka. Ext3 preallocates file space during creation so you don't have chunks all around!. Maka... you all takde la membuang masa untuk defrag dan menunggu proses defrag itu lagi. Ini adalah satu kelebihan dalam Linux Filesystem. Ext4 pun aku rasa sama, cuma aku tak pernah guna, kerana ianya masih baru.

Ok aku rasa cukup dulu buat masa ni. Ni pun dah panjang berjela aku tulis, nanti you all pulak tak larat nak baca. Apa-apa pun aku ucapkan selamat menggunakan sistem Linux anda..

No comments:

Post a Comment