06 January 2010

Sorok Folder Dalam Ubuntu

Hampir terlupa untuk balas pertanyaan ni. BT, kalau u buka home folder, contohnya di BT's_computer. Sebenarnya kat dalam tu mungkin ada puluhan atau ratusan folder yg kita tidak nampak (hidden folders).

Default folder yg ada dalam folder home ni adalah spt Desktop, Documents, Music, Pictures, Public, etc. Selain dari folder yang telah disebut, folder yang lainnya sudah di hide. Kalau nak view hidden folder ni senang je. Klik pada Menubar Nautilus iaitu View > Show Hidden Files. Lagi cepat guna shortcut-key = Ctrl+H. Ok itu kalau nak view hidden folder.

Kalau nak buat/create hidden folder cuma create folder baru atau rename folder sedia ada dan taruk tanda "." (dot/noktah) di awal nama fail. Contoh : .bt_privatefolder atau .3gp atau .gambarsaya dan seterusnya..

Lepas tu cuba... refresh folder tu tekan F5. Kemudian folder tu akan hilang. Nak view balik tekan Ctrl+H. Hide balik tekan Crtl+H kali kedua. Good Luck..

No comments:

Post a Comment