05 March 2010

Benam Terminal Di Dalam Desktop

Assalamualaikum.

Di dalam Linux, penggunaan Terminal sangat penting. Apabila kita benamkan Terminal di dalam Desktop, ia akan memberi kemudahan untuk menaip sesuatu arahan dengan cepat malah Desktop kita akan kelihatan lebih umppph!. Sila ikut langkah demi langkah seperti di bawah. Klik pada gambar untuk dipebesarkan.

1. Buka Terminal. Klik pada menubar Edit > Profile Preferences.

Photobucket



2. Pergi ke Tab General. Pada "Profile Name", masukkan apa-apa nama atau nama anda sebagai nama profile. Aku masukkan nickname sendiri contohnya seperti "unitedpotsmokers@devilLinuxHP"

Photobucket

**Pemilihan nama adalah penting kerana setiap tetingkap tersebut akan mewarisi sifat-sifat yang tertanam terminal. Jadi kita tak mahu sebuah nama yang kita pernah guna pada aplikasi yang lain.
3. Pergi ke Tab Title and Command. Pada 'Initial Title' masukkan nama seperti yang dimasukkan tadi iaitu 'unitedpotsmokers@devilLinuxHP'. Pilih 'Keep Initial Title' pada bahagian When terminal commands set their own titles.

Photobucket



4. Pergi ke Tab Colors. Secara defaul sistem telah memilih Use colors from system theme. Kita boleh mengubah sekiranya mahu dengan uncheck/unthick kepada checkbox tersebut. Kita boleh mengubah Text Color dan Background Color mengikut citarasa, dan mengikut warna wallpaper yang anda guna. Pemilihan warna yang betul sangat penting kerana penggunaan wallpaper tertentu akan menyebabkan tulisan anda tidak nampak.

Photobucket



5. Pergi ke tab Background. Pilih Transparent Background dan setkan transparency kepada '0' atau 'None'. Sekiranya warna wallpaper kita agak kompleks hendak disesuaikan dengan warna tulisan dan warna background, aku nasihat supaya you all tidak set Shade transparent or image background kepada nilai None, tetapi agak-agak supaya bayang-bayang background keluar, agar teks dapat dilihat dengan jelas.

Photobucket



6. Pergi ke tab Scrolling. Pada bahagian Scrollbar is setkan kepada Disable.

Photobucket



7. Selesai pada terminal.
8. Pergi ke System > Preferences > CompizConfig Setting Manager.

Photobucket


9. Pada 'General' pergi ke 'General Options' dan pada tab pertama iaitu Tab General, uncheck 'Hide skip taskbar windows'.

Photobucket



10. Goback kepada menu utama Compiz dan pergi ke bahagian 'Effects', check kepada kotak 'Windows Decoration'.

Photobucket



11. Klik pada 'Windows Decoration', letakkan '(any) & !(title=(namaprofileterminalanda))' pada textbox 'Decoration Windows'.
Contoh : (any) & !(title=unitedpotsmokers@devilLinuxHP)
Photobucket



12. Goback ke menu asal dan pergi ke bahagian Windows Management.
13. Check atau tandakan pada checkbox untuk enable 'Windows Rules'.

Photobucket



14. Masuk ke dalam 'Windows Rules' dan masukkan 'title=(NamaProfile)' kepada kotak berikut:
Contoh aku akan masukkan 'title=unitedpotsmokers@devilLinuxHP'
Skip Taskbar / skiptaskbar_match
Skip Pager / skippager_match
Below / below_match
Sticky / sticky_match
Non Movable Windows / no_move_match
Non Resizable Windows / no_resize_match
Non Minimize Windows / no_minimize_match
Non Maximizable Windows / no_maximize_match
Non Closable Windows / no_close_match


Photobucket



15. Selesai setting di dalam Compiz, korang boleh tutup CompizConfig Settings Manager.
16. Sekarang untuk run terminal tersebut ialah dengan cara menekan Alt+F2 dan masukkan arahan di bawah:
gnome-terminal --window-with-profile= --geometry 110x40+160+40 &
Photobucket



Mungkin saiz dan kedudukan terminal yang aku beri ini tidak sama, tapi korang boleh ubah nilai untuk menukar saiz terminal tersebut. Bergantung kepada saiz skrin yang korang guna. Skrin laptop aku bersaiz 13 inci, maka aku boleh juga arahan atau nilai seperti di atas.
Contoh bagi sistem yang aku adalah seperti ini :
gnome-terminal --window-with-profile=unitedpotsmokers@devilLinuxHP --geometry 110x40+220+50 &
Untuk mengubah saiz dan kedudukan Terminal, korang boleh ubah nilai --geometry seperti panduan di bawah.

Nilai 110 = saiz panjang terminal.
Nilai 40 = saiz lebar terminal.
Nilai 220 = kedudukan terminal pada paksi X atau kiri kanan.
Nilai 50 = kedudukan terminal pada paksi Y atau atas bawah.


Hasilnya adalah seperti di bawah ini :

Photobucket



17. Sekiranya pada Terminal you all terdapat menubar, cara untuk menghilangkannya adalah dengan klik pada View > uncheck checkbox Show Menubar.

Photobucket



18. Selesai. Anda boleh mengubah Terminal sehingga kelihatan cantik. Caranya klik kanan pada Terminal kemudian klik Profiles > Profile Preferences

Photobucket



Selamat mencuba, dan semoga berjaya!!!. :)

27 February 2010

Memasang Adobe Photoshop Di Dalam Karmic

Assalamualaikum.

Hari ni adalah lebih baik aku tunaikan benda yang tertangguh. Lagi lama nanti aku lupa, so time free, time sihat ni, kita bereskan kerja yg tertangguh. Hari tu aku ada cerita hajat nak pasang adobe photoshop di dalam Ubuntu. Jadi hari ni aku tunjukkan sedikit sebanyak cara-cara nak memasangnya. Amat mudah untuk memasangnya, jadi aku harap you all pun try la pasang.

1. Sediakan Wine (Wine Is Not an Emulator). Bagi sesiapa yang sudah mempunyai Wine, abaikan langkah ni. Bagi sesiapa yang belum ada Wine masukkan arahan seperti di bawah. Boleh rujuk disini apa-apa hal 'http://www.winehq.org/download/deb'

Masukkan arahan ini pada Terminal (untuk versi Karmic (9.10) sahaja)
sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-wine/ppa
2. Masukkan arahan ini ke dalam Terminal; ianya untuk update dan install Wine.
sudo apt-get update && sudo apt-get install wine
3. Kemudian install Microsoft Core Fonts jika perlu.
sudo apt-get update && sudo apt-get install msttcorefonts
4. Apabila semuanya siap, you all boleh tutup Terminal, dan bersedia untuk install Adobe Photoshop. Buat masa ni, aku guna Adobe Photoshop CS 2. Tapi kalau you all nak cuba versi yang lain cuba le. Nak install Photoshop tak susah. Jangan pening kepala bermain dalam Terminal kalau tak tahu, terus klik-klik je seperti gambarajah di bawah.

5. Sediakan Installer Adobe Photoshop.

Photobucket



6. Dwi-klik pada 'setup.exe' atau right click dan pilih 'Open with Wine Windows Program Loader'.

Photobucket



7. Klik 'OK' untuk teruskan pemasangan.

Photobucket



8. Mempersetujui Agreement.

Photobucket



9. Klik Install 'Photoshop CS 2'.

Photobucket



10. Klik 'Next'...

Photobucket



11. Masukkan maklumat diri dan serial number.

Photobucket



12. Tekan 'Next' untuk ke langkah seterusnya.

Photobucket



13. Pilih fail yang hendak dibuka dengan Photoshop, atau abaikan dan klik 'Next'.

Photobucket



14. Klik 'Install' untuk meneruskan pemasangan.

Photobucket



15. Sedang memasang, tunggu sehingga siap.

Photobucket



16. Klik 'Activation Option', untuk mengaktif Photoshop.

Photobucket



17. Pada 'Activation Option' pilih 'By Telephone'. Klik 'Next' untuk selanjutnya.

Photobucket



18. Salin 'Activation Number', untuk menjana 'Activation Code'.

Photobucket



19. Guna keygen untuk menjana Activation Code.

Photobucket



20. Salin Activation Code dan tampal ke dalam 'Phone Activation'.

Photobucket



21. Klik 'Next' untuk langkah seterusnya.

Photobucket



22. Tunggu pemasangan sehingga selesai.

Photobucket



23. Akhiri pemasangan Adobe Photoshop dengan menekan butang 'Finish'.

Photobucket



24. Sekarang kita boleh la guna Adobe Photoshop. Huhu..

Photobucket



Selamat mencuba!

20 February 2010

Fedora Theme

Assalamualaikum.

Semalam aku sempat tinjau-tinjau pasal Fedora. Saje gatal. Kalau kita guna Ubuntu anak kepada Debian, Fedora pula di bawah Red Hat. Masa dok tengah tinjau tu, banyak juga perubahan pada Fedora 12 ni. Aku suka tema biru dia ni nampak Cute sungguh. Akhirnya aku memilih Centos. Ni tengah download. Cuma aku merasa mengindam nak guna theme Fedora, jadi aku nodai theme Ubuntu kepada Fedora. Screenshot seperti di bawah. Kalau you all nak try, aku boleh upload perkakasan untuk memasak.

Photobucket

Photobucket

Photobucket