06 January 2010

Sorok Folder Dalam Ubuntu

Hampir terlupa untuk balas pertanyaan ni. BT, kalau u buka home folder, contohnya di BT's_computer. Sebenarnya kat dalam tu mungkin ada puluhan atau ratusan folder yg kita tidak nampak (hidden folders).

Default folder yg ada dalam folder home ni adalah spt Desktop, Documents, Music, Pictures, Public, etc. Selain dari folder yang telah disebut, folder yang lainnya sudah di hide. Kalau nak view hidden folder ni senang je. Klik pada Menubar Nautilus iaitu View > Show Hidden Files. Lagi cepat guna shortcut-key = Ctrl+H. Ok itu kalau nak view hidden folder.

Kalau nak buat/create hidden folder cuma create folder baru atau rename folder sedia ada dan taruk tanda "." (dot/noktah) di awal nama fail. Contoh : .bt_privatefolder atau .3gp atau .gambarsaya dan seterusnya..

Lepas tu cuba... refresh folder tu tekan F5. Kemudian folder tu akan hilang. Nak view balik tekan Ctrl+H. Hide balik tekan Crtl+H kali kedua. Good Luck..

05 January 2010

Gantikan 'apt-get' Kepada 'apt-fast'

Hari jumaat suatu hari bagi bermulanya hidup. Hari ni aku ingin berkongsi sebuah lagi tutorial berkenaan prosedur untuk mengemaskini Ubuntu Linux anda. Yes... dis is my last upate.

Arahannya sangat mudah seperti ini :
sudo apt-get update
sudo apt-get dist-upgrade

Namun ia boleh dikatakan satu prosedur update yang lama. Ianya masih tidak basi, kerana ianya arahan default bagi sistem ini. Semuanya telah berubah, apa kata kita mencuba sesuatu yang baru. Untuk melajukan proses update seperti lajunya keretapi laju. Cuba lakukan sudo apt-fast update

Tapi.. sebelum itu..

1. Buka terminal dan taip : sudo apt-get install axel

2. Layari http://www.mattparnell.com/linux/apt-fast/ dan terus memindah turun fail "apt-fast.sh"

3. Selesai download, rename "apt-fast.sh" kepada "apt-fast" kemudian copy & paste ke dalam "/usr/sbin"

Contoh untuk copy menggunakan Terminal. Letakkan fail apt-fast yang anda download tadi di dalam 'Desktop'. Buka Terminal dan taip : sudo cp /Desktop/apt-fast /usr/sbin

4. Lepas tu taip ni pulak di Terminal : sudo chmod +x apt-fast

5. Selesai..

Sungguh mudah. Sekarang korang dah boleh guna arahan ni. Untuk update Ubuntu taip...
sudo apt-fast update && sudo apt-fast upgrade
atau
sudo apt-fast update && sudo-fast dist-upgrade

Selepas tu kalau korang nak install sesuatu sepantas kilat.. taip
sudo apt-fast install nama_pakej

Lepas berak basuh....
sudo apt-fast clean

Good luck!.

01 January 2010

Kemaskini Picasa Versi 3.X

Korang boleh rujuk kepada web asal ini di mana kaedah ini di petik. Malangnya terdapat sedikit kesilapan teknikal. Inilah padahnya membuat tutorial tetapi tidak mengujinya dulu. Dengan kesilapan berikut aku betulkan di sini.

1. Kalau korang sedang menggunakan Picasa, cuba pegi ke Help > About Picasa, dan lihat version apa yang korang tengah pakai. Aku punya version 2.7. Klik gambarajah di bawah untuk diperbesarkan.

Photobucket



2. Sekiranya korang tidak mempunyai  atau belum pernah memasang Picasa 2.7 sebelum ini, sila skip step ini, dan melangkah ke nombor 3. Untuk mengemaskini Picasa 2.7, pertama sekali korang perlukan sekurang-kurangnya Picasa 3.0 (beta). Download pakej DEB untuk memudahkan pemasangan di:
http://picasa.google.com/linux/download.html#picasa30
3. Dwi klik pada fail DEB yang telah di download tadi dan install Picasa 3 tanpa perlu membuang Picasa yang lama iaitu version 2.7 (jika ada).

4. Selepas selesai install, buka Picasa dan pergi ke Help > About Picasa, dan pastikan ianya versi Picasa 3 beta. Sekiranya betul, anda berjaya memasang Picasa 3 Beta.

Photobucket



5. Langkah seterusnya adalah untuk upgrade ke Picasa 3.5. Sekiranya anda tidak pernah memasang Wine sebelum ini anda perlu memasangnya terlebih dahulu. Wine adalah perisian wajib yang perlu ada sebelum kita ingin memasang atau melarikan (run) sesuatu aplikasi dari platform Windoz.
sudo apt-get install wine
6. Setelah selesai install Wine, download Picasa 3.5 (versi Windoz) yang beralamat seperti di bawah.
http://picasa.google.com/index.html
7. Klik kanan pada installer Picasa (.exe) yang telah korang download tadi. Pilih 'Open with Wine Windows Program Loader' untuk install Picasa dengan mengikut arahan yang diberi seperti biasa.

8. Selesai install Picasa, copy files dari lokasi "/home/[nama_akaun_anda]/.wine/drive_c/Program\ Files/Google/Picasa3/" kepada lokasi "/opt/google/picasa/3.0/wine/drive_c/Program Files/Google/"

Contoh bagaimana cara untuk copy folder menggunakan Terminal:
sudo cp -r .wine/drive_c/Program\ Files/Google/Picasa3/ /opt/google/picasa/3.0/wine/drive_c/Program\ Files/Google/
**** arahan ini digunakan pada terminal yang berada di lokasi home folder

9. Selesai. Korang boleh run Picasa 3.5 pada menu Application > Graphic > Picasa > Picasa.

Photobucket



3.6 update!!

Photobucket



Selamat mencuba! :)